Program “AKU DAN AL QURAN” merupakan satu tajuk umum kepada 5 buah rakaman klip video yang berilmiah di bawah kursus Hafiz Mujtama’i IV dimana setiap daripadanya mempunyai tajuk dan pengisian yang berbeza. Semua ahli dalam kursus Hafiz Mujatama’i 4 iaitu seramai 23 orang ahli terlibat dalam menghasilkan video mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.

Beberapa siri perbincangan seperti menentukan tajuk program, membahagikan tugas bagi setiap ahli telah dilakukan secara maya sebelum pembikinan video bermula. Setiap klip video berdurasi antara 4 hingga 6 minit. Tarikh tayangan video-video ini pada 28 Jun 2021, jam 10 pagi di laman YouTube PPKI USIM. Sasaran peserta ialah semua golongan dan sasaran tayangan ialah 1000 tontonan dan 500 tanda suka ‘like’.

Objektif program adalah untuk memanfaatkan kemahiran dalam bidang Al-Quran untuk disebarkan kepada masyarakat dan melatih mahasiswa agar lebih berketerampilan dan berkeyakinan dalam menyampaikan maklumat dan ilmu kepada orang ramai.

Terdapat beberapa elemen dan nilai murni yang telah menjadi kekuatan sepanjang pelaksanaan projek akhir kami. Antara yang menjadi kekuatan ialah kebolehan para mahasiswa dalam bekerja secara berpasukan dengan baik. Pengisian dan penyampaian di setiap video disampaikan dengan jelas, padat dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Namun begitu, kurang sikap kerjasama untuk menyebarkan video tersebut kepada orang ramai menjadi kelemahan yang perlu diatasi pada masa akan datang. Sasaran tontonan tidak dapat dicapai dengan sebaiknya kerana kirang sebaran dari ahli sendiri.

Justeru, video-video tersebut boleh ditonton melalui saluran Youtube: PPKI USIM. Menerusi akaun rasmi Youtube PPKI USIM, kami berharap agar kesemua video tersebut dapat ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira umur, latar belakang pendidikan mahupun bangsa.