NEGERI SEMBILAN, 10 JULAI 2021-Seramai 28 orang mahasiswa dan mahasiswi Kursus Kokurikulum Hafiz Mujtama’i II, Universiti Sains Islam Malaysia telah mengadakan forum yang berjudul Al-Quran Disanjungi, OKU Disantuni menerusi laman “Facebook” rasmi Hafiz Mujtama’i. Acara yang melibatkan dua panel hebat iaitu Ustazah Kutron Nada binti Marzuki dan Saudari Muhammad Nabil bin Mohd Firdaus telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penonton. Forum tersebut merupakan acara kemuncak bagi projek akhir berbentuk khidmat komuniti, yang diberi nama Al- Quran Sebagai Panduan Hidup. Program ini adalah bagi menyempurnakan projek akhir bagi kursus mereka. Program yang sangat mantap ini telah bermula sejak 28 Jun yang lalu menerusi “Kahoot” dan laman “Instagram” rasmi Hafiz Mujtama’i. Aktiviti yang dijalankan bermula 28 Jun 2021 sehingga 3 Julai 2021 ialah kuiz hafazan menerusi platform “Kahoot” yang turut mendapat sambutan yang memberansangkan. Kuiz hafazan itu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kategori rendah dan kategori menengah. Seramai 48 orang peserta kategori rendah dan 86 orang peserta bagi kategori menengah. Manakala aktiviti yang dijalankan bermula dari 28 Jun 2021 sehingga 8 Julai 2021 ialah pertandingan khat yang melibatkan seramai 16 orang peserta. Keputusan pemenang telah diumumkan sewaktu penghujung forum pada malam 10 Julai tersebut.

Kesemua ahli kursus Hafiz Mujtama’i II sangat bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Mereka telah dipimpin oleh majlis tertinggi yang terdiri daripada pengarah, timbalan pengarah, setiausaha, timbalan setiausaha dan bendahari. Terdapat 5 unit yang mempunyai peranan tersendiri iaitu Unit Programmer, Unit Multimedia, Unit Sponsor, Unit Pendaftaran dan Perhubungan serta Unit Cenderahati. Setiap unit memainkan peranan yang sangat penting dalam melaksanakan program yang gemilang ini. Dengan kerjasama kesemua ahli kursus Hafiz Mujtama’i II, program ini telah berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Tidak dilupakan, jurulatih bagi kursus ini iaitu Ustaz Mohamad Redha yang sangat banyak memberi tunjuk ajar kepada mereka sehingga mampu mencapai kejayaan dalam projek akhir mereka.