Kursus Kokurikulum Transformasi Kepimpinan Mahasiswa Muda ini adalah salah satu kursus pimpinan yang telah ditawarkan di Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mana ia merupakan satu Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB).

BE THE VOICE: EMPOWERING THE VULNERABLE merupakan program yang akan dijalankan oleh mahasiswa kursus Transformasi Kepimpinan Mahasiswa Muda dalam melaksanakan projek akhir dengan penuh prihatin terhadap pihak yang memerlukan.

Program ini dirancang oleh ahli Kursus Transformasi Kepimpinan Mahasiswa Muda yang terdiri daripada 40 orang ahli aktif adalah berbentuk program kesedaran kepada orang ramai dan mengajak orang ramai untuk turut sama membantu golongan yang memerlukan.