FUTSAL TOURNAMENT 2019

//FUTSAL TOURNAMENT 2019

NILAI, 4 MEI 2019 – Telah berlangsung satu kejohanan terbuka futsal “Futsal Tournament 2019” bertempat di gelanggang futsal, Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kejohanan ini dianjurkan adalah dengan hasil kerjasama antara Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah dan mahasiswa Kursus Ko-kurikulum Futsal. Penyelaras bagi kejohanan ini ialah En. Ashadi Bin. Mohd Yusoff dan dibantu dengan pengarah kejohanan ini iaitu saudara Muhammad Haiman Bin Dusi. Kejohan fustal ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 3.00 petang. Program yang dijalankan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari para peserta khususnya daripada mahasiswa USIM sendiri dan mahasiswa dari universiti lain. Pada masa yang sama, ahli persatuan Kursus Ko-kurikulum Futsal juga melibatkan diri sebagai peserta bagi memeriahkan dan merancakkan lagi kejohanan tersebut.

Tujuan program dijalankan adalah memenuhi tuntutan pihak universiti supaya setiap perseatuan menjalankan program sebagai projek akhir mereka. Selain itu, tujuan utama kejohanan ini diadakan adalah untuk para peserta menonjolkan bakat mereka dalam bermain futsal. Permainan futsal adalah sukan yang dimainkan dengan pantas dan berintensiti tinggi. Hal ini akan meningkatkan sifat daya saing dan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan peserta Seterusnya, dengan adanya kejohanan futsal seperti ini, pihak penganjur mengharap para peserta boleh menjadikan ia sebagai satu platform untuk memajukan dan mengembangkan bakat mereka dalam sukan futsal.

Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta yang bermula pada jam 8.00 hingga jam 9.00 pagi. Sebanyak 96 peserta yang mewakili 12 pasukan yang mendaftar untuk kejohanan ini. Setiap pasukan yang bertanding perlu mempunyai 8 orang ahli pasukan. Antara pasukan yang bertanding ialah, Kaki Cebuk FT, Karaji Ft, Reyboss FT, Mantul FT, Tonyoh FT, Koko A FT, Koko B FT, Vamos FT, Che Leha FC, TGB Tigers, Alala FT dan Mantap FC. Bagi mengadili kejohanan ini dengan adil dan professional, pihak penganjur telah menjemput dua orang pengadil dari luar yang mempunyai kelulusan dan pengalaman yang luas dalam mengadili perlawanan futsal.

Pada pusingan awal, setiap pasukan akan melalui peringkat kumpulan terlebih dahulu. 12 pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 3 pasukan. Walaupun pada peringkat kumpulan, setiap pasukan telah menonjolakan prestasi dan kualiti terbaik mereka. Dua pasukan teratas untuk setiap kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya, peringkat suku akhir. Sebanyak 8 pasukan berentap pada peringkat suku akhir, dan pasukan

yang memenangi perlawanan akan layak ke peringkat separuh akhir. 4 pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir ialah pasukan Karaji FT, TGB Tigers, Mantul FT dan Vamos FT. Perlawanan akhir berlangsung antara pasukan Karaji FT menentang pasukan TGB Tigers. Perlawanan akhir berlangsung dengan sangat sengit apabila kedua-dua pasukan saling menyerang. Walau bagaimanapun, johan terpaksa ditentukan dengan tendangan penalti apabila kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan dalam tempoh 20 minit perlawanan. Pasukan Karaji FT muncul juara dengan kemengan 4-3 ke atas pasukan TGB Tigers. Hadiah kejuaraan disampaikan oleh En. Ashadi Bin Yusoff kepada para pemenang.

Program ini diharapkan dapat memberi manfaat dan pengalaman yang menarik kepada para pasukan yang terlibat. Pihak penganjur juga berharap dan akan melakukan penambahbaikan bagi menarik menarik lebih ramai lagi pasukan untuk menyertai kejohanan ini pada masa akan datang. Pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohan “Futsal Tournament 2019” ini.

2019-06-26T08:47:59+00:00