NILAI, 18 November 2018 – Kem Hebatnya Aulad telah berjaya dilaksanakan di Surau Al-Firdaus (SAFNI), di bawah anjuran Kursus Kokurikulum Hafiz Mujtama’i 1, PPKI USIM. Penampilan istimewa Da’i Adneen bersama gandingan 23 orang fasilitator dan Dr. Zainora Daud sebagai jurulatih telah menyemarakkan lagi kem ini. Kem ini diadakan bertujuan memberi bimbingan kepada para peserta berkaitan praktikal solat dan bacaan al-Fatihah mengikut imam Hafs melalui pelbagai aktiviti yang menarik seperti kem bestari solat, tahsin al-fatihah, LDK dan Islamic Explorace. Kem ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat dengan dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Surau dan para AJK surau bersama 55 orang peserta yang berumur antara 7 ke 15 tahun di sekitar Nilai dan Selangor.