25 Januari 2021, telah diadakan sebuah program “Kempen Gotong-royong Semasa Pandemik Covid-19 Patuh SOP” yangg dianjurkan oleh 41 orang pelajar Kursus Kokurikulum Nasyid (CCB1012), PPKI, USIM.

Objektif kempen gotong-royong ini diadakan ialah tidak lain dan tidak bukan untuk menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat. Selain itu juga, khusus buat penganjur sendiri yang ingin menampilkan diri dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia serta mengambil peranan yang aktif dalam komuniti. Malah, kempen ini mampu melatih sikap kepimpinan dalam diri pelajar seperti merancang, melaksana, memimpin program dan bekerjasama.

Bagaimana kempen ini dijalankan?

Kempen gotong-royong ini dijalankan secara dalam talian oleh kerana kekangan yang dihadapi sekarang iaitu pandemik COVID-19  yang telah menyebabkan penganjur tidak dapat mengadakan kempen ini secara fizikal dan bersemuka. Akan tetapi, ianya tidak menjadi penghalang untuk penganjur meneruskan kempen ini dengan menggunakan alternatif  lain yang sangat mudah sekarang iaitu melalui media sosial.

Terdapat lima kumpulan kecil yang terlibat dalam menyemarakkan kempen ini selama ia berlangsung selama hampir 7 hari. Kelima-lima kumpulan ini telah menyediakan video-video yang pelbagai dan menarik seperti  menggunakan aplikasi ‘tiktok’ untuk membuat video. Antara tajuk bagi kelima-lima kumpulan tersebut adalah seperti di bawah:

  1. ‘Bersih Itu Sihat’
  2. ‘Kepentingan Gotong-royong Semasa COVID-19 di lokasi masing-masing’
  3. ‘Wah, Mudahnya Gotong-royong!’
  4. ‘Jom Kemas!’
  5. ‘SPEAKER- Gotong-royong Semasa COVID -19’

Kesemua video-video tersebut telah disiarkan di media sosial iaitu ‘Youtube’ oleh Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) USIM pada tanggal 17 Januari 2021 dan kini jumlah keseluruhan ‘viewers’ dan ‘likes’ untuk kelima-lima video tersebut telah mencapai sasaran 1000 ke atas.

Mengapa memilih ‘Youtube’?

Penganjur memilih aplikasi ‘Youtube’ sebagai tempat untuk menyiarkan video-video kempen ini kerana maklumat lebih realistik, memudahkan proses pengulangan tayangan video, mampu meraih emosi penonton dan yang paling utama adalah kerana untuk memudahkan penyebaran maklumat-maklumat yang terdapat di dalam setiap video dengan lebih meluas. Ini juga kerana kekangan yang dirasai semua orang untuk tidak beraktiviti secara fizikal asbab COVID-19.

Saudara Danish Zhafran bin Onn selaku pengarah program bagi kempen ini telah menyatakan hasrat beliau yang mana beliau ingin masyarakat atau komuniti umum menerima kerja buat kempen ini dengan hati yang terbuka dan dapat mencapai objektif program terutamanya memberi kesedaran kepada masyarakat awam akan kepentingan gotong-royong walaupun dalam keadaan ‘terkurung’ di rumah.

Oleh itu,marilah sama-sama kita terapkan di dalam diri masing-masing untuk sentiasa mengambil cakna akan kebersihan di persekitaran kita terutamanya di musim COVID-19 ini. Akhir sekali, mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Sekian, terima kasih

Untuk menonton video-video kempen ini, sila tekan link ‘youtube’ yang disediakan di bawah: