7 Julai 2021, Isnin – Kursus Nasyid Kumpulan 2 CCB1012 telah memuat naik video-video projek akhir di YouTube PPKI USIM iaitu sebanyak lapan kumpulan bersamaan lapan buah video. Video-video tersebut telah dihasilkan berdasarkan tema tajuk utama projek akhir iaitu “Kempen Sebarkan Kesejahteraan” dan setiap kumpulan telah menentukan tajuk kecil bersesuaian dengan tema tajuk utama. Kumpulan A memilih tajuk ‘Kesejahteraan dalam Memberi Senyuman’, Kumpulan B ‘Keharmonian Kaum’, Kumpulan C ‘Kesejahteraan dalam Bersedekah’, Kumpulan D ‘Malaysia Sejahtera’, Kumpulan E ‘Seronoknya Berukhwah’, Kumpulan F ‘Dalam Rezeki Kita Ada Rezeki Orang Lain’, Kumpulan G ‘Kita Jaga KIta, Sejahterakan Malaysia’ dan terakhir Kumpulan H ‘Hari Mengasihi Orang Tua’. Kesemua kumpulan juga telah menggunakan cara penyampaian yang berbeza dan mengikut kreativiti ahli kumpulan masing-masing dalam menghasilkan video yang menarik dan bermanfaat.