KLINIK PING PONG

//KLINIK PING PONG

SEREMBAN, 24 APRIL 2019 – Sejumlah 27 orang pelajar-pelajar tahun satu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan program klinik ping pong di Sekolah Kebangsaan Dato’ Bandar Rasah, Seremban. Program ini disertai oleh seramai lebih kurang 180 orang pelajar tahap dua sekolah berkenaan. Pelajar yang terlibat merupakan kesemua pelajar daripada pelbagai unit kokurikulum dan sukan yang dikumpulkan pada waktu kokurikulum iaitu pada jam 2 petang hingga 4 petang.

Encik Mohd Naser bin Mohd Sabri, Jurulatih kursus ping pong (USIM) telah menyertai program klinik ping pong di sekolah berkenaan sebagai guru pengiring dan untuk memastikan segala perjalanan program berjalan lancar tanpa masalah.

Kami ke sana dengan menaiki 4 buah kereta. Perjalanan kami bermula pada jam 2 petang yang bukan seperti apa yang dirancangkan. Akan tetapi berlaku sedikit masalah teknikal yang mane kami terpaksa bertolak sedikit lewat. Kami bercadang untuk berkumpul di pusat sukan pada jam 1:00 petang

dan bertolak pada jam 1:15 petang yang mana kami menjangkakan akan tiba di sana pada jam 2:00 petang. Disebabkan oleh kelewatan kami, program terpaksa dimulakan lewat dan kami sehabis baik cuba untuk memaksimakan waktu yang ada dengan pelbagai konten yamg yang telah dirancang dan disediakan

Setibanya kami di sana pada jam 2:30 petang kami terus mengambil alih program tersebut dan memulakan program yang kami kendalikan. Pertama sekali kami mulakan dengan sedikit kata-kata aluan daripada pengarah sukan ping pong dan sesi suai kenal bersama kesemua fasilitator. Selepas sesi memperkenalkan diri kami mulakan dengan melakukan sedikit senaman ataupun dipanggil sebagai “energizer” kerana seperti mana yang semua sedia maklum program ini dijalankan pada waktu petang jadi berkemungkinan tinggi mereka kurang bersemangat. Selasai sahaja melakukan “energizer” kami terus kepada sesi taklimat ringkas berkenaan permainan ping pong. Taklimat ini disampaikan okeh pengarah ping pong kami sendiri iaitu Uwais. Selain daripada memberi penerangan kami juga menunjukkkan teori cara-cara bermain ping pong dengan betul.

Pada jam 3:15 petang pula kami bergerak kepada agenda seterusnya iaitu pembahagian kumpulan mengikut nombor-nombor yang telah dilekatkan pada tangan mereka ketika taklimat disampaikan. Mereka dibahagikan kepada 13 kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh 2 orang fasilitator. Mereka diarahkan untuk melakukan kerja berkumpulan iaitu teka silang kata berdasarkan daripada apa yang disampaikan oleh pengarah ping pong sebentar tadi. Permainan ini mengambil kira siapa yang dapar menyiapkannya dahulu dikira sebagai pemenang di tempat pertama, kedua, dan ketiga.

Pada jam 3:30 pula setelah selesai menjalankan teka silang kata kami membahagikan mereka kepada 2 kumpulan besar. Kumpulan pertama berada di hadapan untuk menimbang bola manakala kumpulan kedua yang berada di belakang boleh mencuba untuk bermain ping pong dengan tunjuk ajar para fasilitator. Di pertengahan aktiviti tersebut para pelajar, fasilitator dan para guru direhatkan beberapa minit untuk menjamu selera sebelum para pelajar pulang pada jam 4 petang. Kami dibawa oleh guru-guru sekolah tersebut untuk menjamu selera di bilik khas. Setelah selesai makan petang kami menyambung semula aktiviti tadi dengan menukarkan kumpulan 1 untuk berada di belakang bermain ping pong dan kumpulan kedua bergerak ke hadapan untuk menimbang bola. Kami terpaksa menyingkatkan masa untuk mereka bermain kerana mereka harus pulang tepat jam 4 petang.

Setelah selesai aktiviti tersebut kami meneruskan pula ke acara penyampaian hadiah dah saguhati kepada pihak sekolah. Kami menyampaikan hadia kepada para pelajar yang memenangi permainan teka silang kata sebentar tadi dan saguhati kepada pelajar lain. Seterusnya, penasihat kursus ping pong, Encik Mohd Naser menyampaika saguhati kepada pihak sekolah. Program kami diramatkan tepat pada jam 4 petang. Kami akhiri program tersebut dengan bersalam salaman bersama para pelajar dan guru tersebut dan akhir sekali sesi pengambaran sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan.

Pada jam 4:30 petang kami bertolak balik ke USIM untuk mengadakan “postmoterm” berkenaan program yang telah dijalankan. Kami tiba di USIM dengan selamat pada jam 5:15 petang dan menuanikan solat asar. Sesudah solat kami terus menjalankan “postmoterm” sehingga jam 6:30 petang dan kami terus bersurai.

2019-06-26T08:39:16+00:00

Moved

php shell hacklink hacklink al istanbul evden eve nakliyat hacklink Google