NILAI, 27 November  2023 – Seramai 70 orang anggota daripada pegawai pasukan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),  Lain-Lain Pangkat (LLP) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Seremban serta anggota daripada pasukan sokongan APM iaitu pasukan Civil Defence Auxiliary Member-Communication (CDA-COMM) Negeri Sembilan Amateur Radio Club (NESRAC) telah berjaya melaksanakan Latihan Pengendalian Bot dan Simulasi Menyelamat di Air yang bertempat di USIM.

Lebih menarik, Muhammad Ashraf Bin An’Nahari, 23, salah seorang pegawai pasukan KOR SISPA USIM yang terlibat dalam latihan pengendalian bot dan simulasi tersebut dan beliau di tugaskan di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK). Penugasan beliau dalam latihan itu adalah mempelajari cara menggunakan radio, jenis-jenis radio, serta cara memberi pengunguman dan kenalpasti panggilan pasukan penyelamat. PKTK berfungsi sebagai medium bagi menerima dan menghantar maklumat tentang sesuatu bencana atau tragedi yang berlaku ke Pusat Kawalan Operasi Bencana ( PKOB).

Menurut Ashraf, beliau telah menerima penerangan yang begitu menarik mengenai radio daripada wakil pasukan CDA-COMM (NESRAC), Cikgu Mohd Azlan bin Muhammad Zin. Sewaktu simulasi, beliau berperanan untuk menyambut dan menyampai panggilan bagi mencatat maklumat dari radio untuk ditulis di papan putih.

Ashraf – “ Antara pengalaman yang saya perolehi sepanjang latihan dan simulasi tersebut adalah saya dapat rasai gambaran situasi sebenar berada di tempat kejadian. Disamping itu, saya dapat belajar untuk  kekal fokus walaupun berada dalam keadaan tegang sewaktu berinteraksi melalui radio Government Integrated Radio Network (GIRN) dengan pasukan penyelamat dan PKOB. Oleh itu, antara nilai positif yang saya peroleh melalui latihan dan simulasi pengendalian bot ialah dapat memupuk semangat kerjasama dan berani mecuba dalam diri saya bagi mempelajari dan mengaplikasikan sesuatu ilmu baharu melalui penggunan bahasa fonetik” .

 

ISMAHANI BINTI ISMAIL

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA(USIM)