Putrajaya, 8 Mei 2019 – 30 orang pelajar Kursus Kokurikulum Pengurusan Masjid Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) telah menyertai Program Lawatan Ilmiah ke Nasyrul Quran. Lawatan ilmiah ini bagi melengkap modul pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya diharap dapat membentuk dan melahirkan graduan yang berpengetahuan tinggi dan memiliki kemahiran insaniah yang tinggi.

Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana Al-Quran dicetak disamping menambah rasa kesyukuran kepada Allah melalui pemerhatian terhadap percetakan Al-Quran. Selain itu, ia juga dapat melatih mahasiswa  mencintai dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Sesi lawatan yang bermula dari jam 12.00 tengahari sehingga jam 6.00 petang ini diiringi oleh Jurulatih kursus ini, Encik Zuhaimi bin Abdul Rahim selaku Fasilitator Program.