NILAI, 24 November 2018 – Program Lets Mahabbah Riang Ria Kasih Mahasiswa bersama anak – anak yatim rumah kebajikan Baitus Sakinah Al – Hidayah telah diadakan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia oleh pelajar Kursus Kokurikulum Nasyid (KUmpulan 2). Program ini bermula dengan kedatangan dan pendaftaran peserta seawal jam 8 pagi. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti – aktiviti yang telah disediakan dan peserta dilihat teruja dalam melaksanakan setiap aktiviti. Program ini berakhir dengan majlis penutup pada jam 6 petang dan dilihat telah mencapai objektif yang ditetapkan.