6 JUN 2022 – Pada 6 Jun 2002 bersamaan pada hari Isnin, Ahli Kursus Integriti dan Anti-Rasuah telah menganjurkan sebuah program iaitu Pertandingan Poster Anti-Rasuah selama seminggu secara atas talian, iaitu bermula pada tarikh 6 Jun 2022 sehingga 12 Jun 2022. Sesi pendaftaran bagi peserta yang ingin menyertai Pertandingan Anti-Rasuah ini dilakukan secara atas talian selama seminggu iaitu bermula pada 30 Mei 2022 sehingga 5 Jun 2022. Tema pertandingan yang telah dijalankan ialah poster yang bertemakan Anti-Rasuah. Seterusnya, penyertaan pertandingan ini terbuka kepada individu berumur 15 tahun ke atas sama ada penyertaan daripada mahasiswa USIM dan juga pelajar sekolah menengah. Seramai 18 orang peserta yang telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini berlangsung selama seminggu bagi memberi ruang kepada para peserta menyiapkan poster Anti-Rasuah.
Tambahan pula, setiap pemenang bagi pertandingan poster ini akan mendapat hadiah atau saguhati yang berbentuk wang tunai. Tempat pertama telah dimenangi oleh Aiman Zafrin bin Komari dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM50.00. Tempat kedua pula dimenangi oleh Siti Nurjannah binti Mad Akhir dan mendapat wang tunai sebanyak RM40.00. Manakala bagi tempat ketiga pula dimenangi oleh Nurul Fatihah binti Mohamad Yusaidi dan memenangi wang tunai sebanyak RM30.00. Akhir sekali, tempat keempat dimenangi oleh Nur Anis Hanani binti Mohd Bakhtiar dan tempat kelima pula dimenangi oleh Nuralia Shahira binti Anuar. Kedua-dua daripada mereka membawa pulang saguhati sebanyak RM15.00 setiap seorang.
Sehubungan dengan itu, Pertandingan Poster Anti-Rasuah ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat para peserta yang menyertai pertandingan poster ini. Seterusnya, dapat memupuk sifat integriti dan anti-rasuah dalam diri mahasiswa. Secara tidak langsung, dapat mendedahkan ilmu dan pengetahuan tentang rasuah tersebut. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, pertandingan ini berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang positif daripada semua mahasiswa USIM dari pelbagai fakulti setelah ia dilaksanakan.