28 JANUARI 2023 – telah berlangsungnya program Bahtera Nasyid untuk Anak Muda diantara ahli kursus nasyid USIM dan beberapa pelajar tingkatan satu dan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian. Program dijalankan dengan baik dan lancar hasil daripada sambutan baik para pelajar dalam menyertai program nasyid ini.

Program ini bertujuan membantu para pelajar mendalami kemahiran seni nasyid sekaligus dapat mengcungkil bakat terpendam dalam diri pelajar bukan hanya dari segi nyanyian, malah kemahiran dalam mengendalikan instrumen nasyid. Program ini berkonsep pembelajaran abad-21, mengajar pelajar tentang fakta nasyid, dan memberi peluang kepada mereka bermain  alat instrumen nasyid dan menyanyikan lagu yang diberi secara berkumpulan. Dengan ini dapat membuka minda para pelajar bahawa dalam berdakwah bukan hanya sekadar berhujah dan menyampaikan ceramah sahaja, bahkan dengan nyanyian nasyid juga mampu tersebarnya dakwah.

Program berlangsung di dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian dan juga beberapa tempat sekitarnya melakukan aktiviti dalam kumpulan bersama pelajar tingkatan satu dan dua. Terdapat pelbagai aktiviti dilakukan seperti explorace, persembahan nyanyain nasyid, informasi instrumen nasyid dan amali , kuiz dan majlis penutup beserta penyerahan hadiah dan cenderahati. Program ini merupakan projek akhir bagi kursus nasyid yang dibimbing oleh Cikgu Mohd Huzaimi bin Mohd Zaini selaku guru dan jurulatih kursus ini.

Atur cara program berjalan dengan lancar walaupun majlis pembukaan mula sedikit lewat dan pelajar yang hadir tidak mencapai target kerana faktor cuaca yang hujan menghalang ibu bapa mereka untuk hantar ke sekolah. Namun ia tidak mempengaruhi tentatif masa dan aktiviti yanag dilakukan kerana semuanya berjalan dengan lancar.

Muhammad Aizam selaku pengarah program menyatakan tujuan pelajar USIM mengadakan program adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang seni nasyid disamping mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli fasilitator dan pelajar. Layanan yang baik dan sambutan yang memberansangkan diberikan oleh pihak sekolah dan para peserta serta respon yang positif banyak kami terima.

Oleh itu terserlahlah bahawa program Bahtera Nasyid Untuk Anak Muda berjaya diadakan dari segi penglibatan dan kerjasama pelajar tingkatan satu dan dua. Pengetua memberikan setinggi-tinggi pengharapan dan terima kasih kerana memilih sekolah mereka sebagai tempat untuk menjayakan program ini dan berharap program sebegini dapat dilakukan secara istiqamah.

Sesi fotografi dan lambaian selamat tinggal daripada para pelajar semasa mereka berangkat pulang telah menimbulkan rasa sayu buat kami kerana sudah tiba ke akhirnya dan menggamit kenangan bersama mereka. Berharap dapat bertemu lagi pada masa akan datang.