24 November 2019 – telah berlangsungnya Program Gogar Sokampong anjuran pelajar Kursus Kokurikulum Nasyid (Kumpulan 2), Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program mendapat penyertaan baik dari penduduk Kampung Simpang Gelami yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Program ini dapat dijayakan dengan baik dan mendapat respon yang positif daripada penduduk kampung.

Program ini bertujuan membantu pihak kampung dari segi kemudahan infrastruktur dan pembelajaran anak-anak dalam mendalami ilmu fardhu ain iaitu solat. Program ini berkonsep kebajikan dan pembelajaran disamping menjalinkan hubungan silaturrahim antara pelajar usim dengan penduduk kampung. Ahli kursus nasyid kami dinamakan VICTORIA atas persetujuan ramai.

Program berlangsung di beberapa premis antaranya surau, masjid, balai raya, dan dataran. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya gotong royong, memasak, sukaneka, kem solat dan majlis penutup beserta penyerahan hadiah dan cendera hati. Program ini merupakan projek akhir bagi Kursus Kokurikulum Nasyid yang dibimbing oleh Encik Huzaimi bin Zaini selaku Jurulatih kursus ini.

Atur cara berjalan dengan lancar walaupun masa yang diperuntukan untuk majlis penutup agak singkat dan fasiliti di kampung tidak lengkap menyebabkan kesukaran untuk menayangkan video pada skrin layar. Antara gambar-gambar para pelajar kursus Nasyid dan penduduk kampung:

Aktiviti gotong-royong di kawasan surau kampung dan Kem Smart solat kecil-kecilan bersama adik-adik yang berumur 5 hingga 7 tahun.

Sedikit aktiviti sukaneka bersama pendudk kampung antaranya Bowling kelapa.

Muhammad Hakim selaku pengarah program ini menyatakan tujuan pelajar USIM mengadakan adalah menyatukan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung dan memberi pendedahan awal tentang kewajipan solat fardhu kepada kanak-kanak di sana. Kami mendapat layanan yang baik dan sambutan yang memberangsangkan oleh penduduk kampung serta respon yang positif daripada mereka.

Oleh itu, terbuktilah bahawa program Gogar Sokampong berjaya diadakan dari segi penglibatan penduduk kampung daripada pelbagai lapisan masyarakat. Penduduk kampung memberikan setinggi-tinggi pengharapan dan berharap program sebegini dapat dilakukan secara istiqamah.

Lambaian kasih daripada penduduk kampung semasa kami berangkat pulang telah menggamit pelbagai memori dan pengalaman bersama mereka. Berharap dapat bertemu lagi pada masa akan datang.