Nilai : Masyarakat pada hari ini terutamanya golongan dewasa yang sibuk bekerja sehinggakan mereka tidak sedar bahawa sikap mereka telah mengabaikan aktiviti komuniti. Sikap ibubapa juga yang meletakkan keutamaan tentang pencapaian akademik dan kurang memberikan galakkan kepada anak-anak untuk melibatkan diri secara aktif dalam komuniti dan masyarakat yang merupakan faktor ramai remaja dan anak muda kini yang mengabaikan serta kurang prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik.
Oleh yang demikian, pelajar-pelajar kursus kokurikulum Ping Pong USIM telah mengadakan ‘Program Jalinan Kasih Dan Mesra’ bersama anak yatim pada 28 Januari 2023 bermula 8.30 pagi secara bersemuka bertempat di Rumah Bakti Nur Ain, Bangi. Program ini merupakan sebuah program jalinan kasih dan mesra yang memfokuskan terhadap hubungan dan kasih sayang antara pelajar dan anak yatim. Selain itu, anak yatim tersebut akan merasa gembira kerana wujudnya masyarakat yang ingin memberi perhatian kepada mereka.
Antara objektif utama program ini diadakan ialah memberi pendedahan dan pelajaran kepada pelajar dalam proses menceriakan dan menyantuni anak-anak yatim serta menerapkan rasa kasih sayang, simpati dan membina jati diri kepada golongan yang kurang bernasib baik. Program yang dilaksanakan secara bersemuka ini telah mempraktikkan komunikasi dalam suasana yang mencabar terhadap golongan yang terputus kasih sayang dengan ibu bapa.
Program ini telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama para pelajar kursus Ping Pong USIM telah berjaya dijalankan dengan anak yatim seramai 25 orang. Pemakluman berkenaan ingin menjalankan program ini di Rumah Bakti Nur Ain tela disampaikan melalui surat kebenaran untuk menjalankan aktiviti bersama anak yatim di rumah mereka. Ahli jawatankuasa protokol juga telah melaksanakan tanggungajawab dengan melawat Rumah Bakti Nur Ain terlebih dahulu bagi memastikan aktiviti boleh dilaksanakan di sana.
Program Jalinan Kasih Dan Mesra ini telah dibahagikan kepada 6 slot yang berjalan selama 5 jam iaitu dari pukul 9.15 pagi sehingga 2.15 petang. Slot pertama dimulakan dengan sesi taklimat mengenai program dan aktiviti, sesi pengenalan antara anak yatim dengan pelajar serta pembahagian kumpulan. Ketua program telah memberitahu berkenaan program yang akan dijalankan serta fasilitator setiap kumpulan memperkenalkan diri masing masing. Seterusnya, slot ini dilanjutkan dengan aktiviti senamrobik bagi kesemua anak yatim dan pelajar bagi menceriakan sebelum aktiviti pertandingan antara kumpulan berjalan.
Slot ketiga bermulanya aktiviti explore race, perlawanan antara kumpulan koko, putih, biru, hijau dan merah jambu. Aktiviti yang terdapat di dalam explore race adalah seperti radio rosak, spider web, dam ular dan puzzle. Setiap kumpulan bersemangat dan bekerjasama untuk mendapatkan markah yang tinggi bagi setiap ‘check point’. Di dalam permainan dam ular, pelajar telah menyediakan beberapa soalan mengenai Islam dan para Nabi yang perlu anak yatim jawab bagi naik ke peringkat seterusnya. Ini secara langsung dapat mengasah pengetahuan mereka mereka dalam agama. Setelah berakhirnya aktiviti explore race, aktiviti bagi mengeratkan hubungan antara pelajar dan anak yatim merupakan slot keempat yang mana mereka memainkan aktiviti ‘game of wits’ dan ‘boom game’. Aktviti ini dimainkan secara beramai-ramai iaitu anatara anak yatim dan pelajar. Sehubungan itu, dapat menguatkan lagi jalinan mesra antara mereka.
Setelah berakhirnya semua aktiviti berpasukan, maka seterusnya dilanjutkan dengan sesi penyampaian sijil penghargaan dan hadiah yang mana dimenangi oleh satu-satunya kumpulan perempuan iaitu kumpulan merah jambu. Secara keseluruhannya, pihak kursus Ping Pong telah menyediakan hadiah bagi setiap peringkat pemenang. Demikian, boleh membuat semua anak yatim gembira dan rasa dihargai atas apa yang mereka usahakan. Akhirnya, sesi bergambar bersama anak yatim dan pelajar USIM. Slot terakhir adalah jamuan makan bersama-sama serta beramah-mesra sesama pihak rumah anak yatim dan pelajar USIM.
Justeru, berlandaskan kepada objektif Program Jalinan Kasih dan Mesra bersama Anak Yatim di Rumah Bakti Nur Ain, Bangi ini, diharapkan para pelajar dapat mengaplikasi ilmu yang diperoleh di dalam kehidupan seharian. Selain itu, sikap kerjasama serta ciri-ciri pemimpin yang dilaksanakan sepanjang program diharapkan dapat diterapkan dalam diri pelajar dan dapat memberi impak yang bagus dimasa akan datang. Keseimbangan dalam akademik dan khidmat masyarakat bukan sahaja mampu melahirkan insan yang cemerlang dari sudut intelektual malah membangunkan kemahiran fizikal, mengembangkan bakat pemimpinan, dan kerja berpasukan.