SEMENYIH, 11 JUN – Seramai 29 orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia telah melaksanakan projek akhir tahunan bagi Kelab Agrosis Usahawan Tani Kumpulan 3. Mereka telah menganjurkan Program Mahabbah Agrosis yang bertempat di Pusat Jagaan Mahmudah di Semenyih, Selangor. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 2.30 petang. Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada para pelajar supaya dapat mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari di samping berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan agrosis bersama-sama warga emas di pusat jagaan tersebut.

Program dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Usim Terus Maju, ucapan kata aluan daripada Encik Yusri bin Shamsudin (Jurulatih Kursus Agrosis Usahawan Tani) dan ucapan perasmian oleh Encik Sazali bin Mohidi (Pengurus Pusat Jagaan Mahmudah). Sejumlah 55 orang warga emas dan 25 staf pusat jagaan telah menghadirkan diri di dewan sebagai tanda sokongan kepada program yang diadakan di sana.

Kemudian, program dimeriahkan dengan aktiviti indoor games yang dikendalikan oleh pelajar USIM seperti mewarna, melukis, bermain dam haji dan dam ular sesama warga emas. Aktivti ini bertujuan untuk menghiburkan dan melakar senyuman di wajah mereka di samping bertukar cerita tentang pengalaman hidup. Pada pukul 11 pagi, program diteruskan dengan aktiviti penanaman pokok pandan, serai dan bayam brazil. Setelah selesai menanam pokok, program berhenti seketika untuk sesi jamuan makan bersama-sama warga emas di Pusat Jagaan Mahmudah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim. Akhir sekali, program diakhiri dengan majlis penutup dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

Projek akhir ini memberi impak yang besar kepada masyarakat kerana sebuah video yang amat menyentuh emosi dengan kapsyen ‘orang tua juga perlukan attention’ dimuat naik di akaun tiktok oleh salah seorang pelajar menjadi viral dengan tontonan sebanyak 650ribu dengan hampir 1800komen.

Terdapat banyak pengajaran dan nasihat yang pelajar dapat ketika menjalankan program ini antaranya belajar dengan sungguh-sungguh, bijak mengambil peluang dalam apa jua perkara dan sebagainya.

Justeru itu, kami ingin mengajak semua yang membaca artikel ini untuk sama-sama menghulurkan derma atau sumbangan kepada Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih, Selangor bagi menyokong keperluan warga emas di sana. Anda boleh menyalurkan sumbangan ke dalam akaun bank pusat jagaan tersebut:

 

CIMB Bank

8603160021

Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia

 

Sekian, Terima Kasih.