SELANGOR, 14 JAN – Program Simpulan Kasih Siswa telah berlangsung pada 14 Januari 2023 pada hari Sabtu bertempat di Kampung Labohan Dagang , Banting . Program ini telah melibatkan daripada kursus Badminton dan kelab Agrosis, bermula seawal jam 9 pagi dan telah disertai lebih kurang 70 orang peserta.
Menurut Ainul Balqis, pengarah program berkata “objektif kami untuk menjalankan program ini untuk memupuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain. Selain itu juga dengan program ini kita dapat memupuk sifat timbang rasa terhadap komuniti di persekitaran kita.”
Nurul Ain, salah seorang peserta program tersebut berkata ,” saya berasa sangat seronok apabila dapat menyertai program ini bersama rakan-rakan serta dapat menambah kenalan baru dari Kelab Agrosis. Disana juga kami melakukan pelbagai aktiviti antaranya menyantuni keluarga di Kampung Labohan Dagang, memasak nasi ambeng, membuat kerepek dan aktiviti menanam pokok. Kami diberi layanan yang baik oleh warga kampung tersebut. Ujarnya lagi , “Saya berharap dengan adanya program sebegini, dapat mengukuh dan mengeratkan lagi ikatan antara pelajar dan masyarakat kampung “.
Tambahan lagi, Program Simpulan Kasih ini adalah sebahagian daripada projek akhir untuk memenuhi jam kredit subjek kokurikulum kursus Badminton dan Kelab Agrosis di USIM.
Selain itu, En. Supian Amat Rani selaku Ketua Kampung Labuhan Dagang juga menzahirkan ucapan ribuan terima kasih dan menyatakan rasa bersyukur kepada pelajar yang datang menjalankan aktiviti kemasyarakatan disini. Pihaknya amat terbuka bagi melaksanakan program seumpama ini dan berharap agar program seumpama ini terus diadakan di Kampung beliau kerana rata- rata masyarakat menyatakan program ini memberi impak yang baik antara pelajar USIM dan masyarakat amnya. Jika boleh diadakan program tahunan lebih baik “kata beliau”.
Oleh:Nurul Izzah, Auni Aisyah, Amirah Diyana