30 Jun 2021, mahasiswa Kursus Kokurikulum Catur, Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) telah mengajurkan satu projek yang mewajibkan setiap kumpulan untuk memuat naik video di laman YouTube. Program ini telah diselaras dan dibimbing oleh Dr. Norhidayah bt. Azman dengan jayanya. Projek video yang berdurasi selama lebih kurang 6 minit ini bertujuan untuk memberi pendedahan orang ramai akan dunia catur. Video yang dihasilkan oleh mahasiswa Kursus Catur ini bukan sahaja ditonton para pemain catur, tetapi juga ditonton oleh orang awam dalam dan luar negara yang masih bingung untuk memulakan langkah bermain catur. Tambahan pula, objektif video ini dimuat naik adalah untuk memberi tunjuk ajar dan melatih beberapa taktik dan peraturan ketika bermain catur. Selain itu, program ini juga memberi tunjuk ajar kepada masyarakat tentang langkah-langkah asas untuk bermain catur dengan lebih efisien dan mesra penonton selain untuk meningkatkan kreativiti dan inovatif mahasiswa dengan cara mencipta video pendek mengenai catur. Setiap kumpulan ditugaskan untuk berkongsi hasil projek mereka secara umum di laman YouTube PPKI.

Kesemua kumpulan telah menunjukkan hasil kerja yang sangat baik dan luar biasa dari segi penyampain maklumat, menyunting video dan sebagainya. Justeru , diharapkan agar program ini sebegini dapat diteruskan untuk memberi input dan manfaat kepada mahasiswa dan juga orang awam terhadap permainan catur.