NILAI, 31 OKTOBER 2018 – Seramai 13 orang mahasiswa dan mahasiswi di bawah Kursus Hafiz Mujtama’i 3, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan sebuah program Remaja High Class di SMK Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan. Program ini diiringi oleh Ustaz Mohamad Redha Bin Mohamad selaku jurulatih kursus. Untuk pengetahuan, program ini merupakan sebuah projek dalam usaha melengkapkan tugasan akhir berkumpulan secara efektif dan intelektual. Program ini diadakan dengan tujuan untuk melahirkan individu dan masyarakat yang menghayati akhlak para Ummul Mukminin, di samping menarik minat mereka untuk mendalami asas isi kandungan Al-Quran. Para peserta telah didedahkan dengan sifat Ummul Mukminin yang menjadi tulang belakang dalam penyebaran Islam.

Selain itu, program ini juga menyelitkan ceramah bertajuk Remaja High Class yang disampaikan oleh Ustazah Azizah Binti Ahmad, Finalis Akedemi Pendakwah Muslimat. Para pelajar turut melibatkan diri dalam Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan penuh kerjasama. Program ini telah berjaya menarik lebih kurang 45 pelajar SMK Desa Cempaka, Nilai. Program ini tamat pada jam 2 petang dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

Gambar kenangan Jawatankuasa (Jk) Pelaksana program Remaja High Class bersama peserta dan PK Hem SMK Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan