Kuala Lumpur, 28 Jun 2021- Program “AL-QURAN; SAYA DAN AL-QURAN” merupakan satu tajuk umum kepada 5 buah rakaman klip video yang berilmiah di bawah kursus Hafiz Mujtama’i IV yang mula ditawarkan pada bulan September 2016 sebagai kursus kokurikulum. Di bawah tajuk umum ini, terdapat 5 buah rakaman klip video dimana setiap daripadanya mempunyai tajuk dan pengisian yang berbeza. Secara umumnya, kesemua ahli dalam kursus ini iaitu seramai 23 orang ahli yang terlibat dalam menghasilkan video mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Beberapa siri perbincangan telah dilakukan secara maya sebelum perlaksanaan dibuat. Rakaman klip video ini berdurasi selama 5 hingga ke 8 minit sahaja bagi saetiap video. Program ini dilaksanakan dalam bentuk video grafik dan kesemua video tersebut boleh ditonton melalui saluran Youtube: PPKI USIM.

Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan kepada orang ramai tentang kepentingan dankelebihan berdampingan dengan Al-Quran, Melatih mahasiswa mendekati masyarakat secara alam maya dan memperkenalkan kepada mereka pelbagai cabang ilmu berkaitan Al-Quran, Mempraktikan kemahiran dan ilmu pengetahuan mahasiswa dalam bidang Al-Quran untuk disebarkan kepada masyarakat dan Memanfaatkan platform media sosial sebagai salah satu medium dakwah pada masa kini.

Sebagai Ketua Editor, saya juga merupakan salah seorang ahli yang terlibat dalam menyempurnakan video ilmiah dibawah tajuk Karakter Hafiz Quran. Saya ditugaskan untuk menyediakan skrip bagi isi yang akan dibentangkan. Menerangkan kepada orang awam apa yang di maksudkan karakter dan tanggungjawab penghafaz quran. Memberi kesedaran kepada orang yang digelar pengahafaz quran akan kepentingan karakter sebagai pengahafaz al-Quran.

Oleh itu, Semua objektif yang tersenarai berjaya dicapai dengan jayanya. Antaranya ialah berjaya memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan ahli Hafiz Mujtama’i dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Ianya jelas dibuktikan apabila kesemua video kami mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dalam kalangan masyarakat. Para mahasiswa juga telah berusaha sebaiknya dengan memaksimumkan penggunaan media massa sebagai salah satu medium dakwah. Pelajar juga dapat meningkatkan daya kreativiti dalam berinteraksi serta memberi maklumat kepada masyarakat luar dari sudut pengalaman dan kefahaman. Di samping itu, pelaksanaan projek ini ingin mewujudkan suasana dan memberi pengalaman menarik kepada para penonton umumnya dan jawatankuasa pelaksana khususnya dalam melaksanakan projek akhir secara maya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.