“A DAY WITH USIM LAWNBOWL CLUB” diadakan pada 28 Januari 2023 pada hari Sabtu. Program ini telah disertai oleh 58 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu dan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga.Tujuan aktiviti ini diadakan untuk mengeratkan ukhuwah antara peserta dengan penganjur. Program ini diterajui oleh Jurulatih Boling Padang, En. Mohammad Rajee Bin Abdul Rahim sebagai Penasihat bersama Pengarah Program ; Saudara Adam Danish Bin Ahmad.

Terima kasih kepada pihak sekolah yang telah bekerjasama dan menyokong Projek Akhir Kursus Boling Padang USIM. Walaupun pada mulanya cuaca agak sedikit hujan, namun dengan izin-Nya, anak-anak ini yang terus bersemangat dan akhirnya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.